Tuesday, January 4, 2011

review 2010


tahun yang mencabar dan menguji kesabaran. pelbagai cubaan dan rintagan yang terpaksa aku lalui. aku terpaksa extend semata-mata satu subjek sahaja. mula kerja di starbucks klcc sambil belajar. kuruslah juga sekejap tapi kembali gemuk semula.

pasal relationship pula, bahirah perempuan pertama. couple dengan dia banyak mengajar aku tentang lumrah hidup minah rempit bota,perak. mengajar
aku membuat dosa yang lagi besar.
.dipermainkan.
.dilukakan.
.ditipu.
.ditinggalkan.

couple dengan duria mengajar aku untuk meneruskan hidup dan melupakan bahirah tapi mengakibatkan aku sayangkan dia pula sekarang. mengajar aku untuk berhenti dari membuat dosa-dosa besar. mengajar aku ke arah kebaikan. terima kasih you. walaupun sekejap tapi banyak yang you ajar i.

dosa jangan ceritalah berapa lori aku dah kumpul. mungkin dah bergunung.

pada 25.12.2010,papa telah kembali kepada yang MAHA ESA. betul-betul genap ulang tahun perkahwinan parents aku selama 25 tahun. dipercayai meninggal ketika tidur. papa dah tiada. aku terkejut. sedih. tak terkata. aku hilang arah. kepada siapa aku mahu mengadu nasib? kepada siapa aku mahu bermanja? kepada siapa aku mahu bergaduh suka-suka? kini semuanya sudah tiada. tiada siapa. hanya tinggal aku seorang diri tanpa sesiapa. tanpa sesiapa yang faham aku.
pa. cece sayang papa sangat-sangat!

terpaksa menangguhkan untuk belajar degree. ketiadaan wang dan kesulitan yang dialami,aku terpaksa akur. aku terpaksa bekerja.

tolonglah semua. tolong berubah demi kepentingan family kita. aku dah penat. tolong ambil semula tanggung jawab kau. aku ni anak kedua tapi tanggungjwab macam abang sulung. please. aku bukan mengunkit tapi aku mulai penat dengan pelbagai masalah yang kita ada. selama ini aku pendamkan saja tapi tolonglah. aku betul-betul dah tak larat.

YA ALLAH YA TUHANKU. KAU RINGANKANLAH SEKSAAN KUBUR UNTUK ARWAH AYAHKU INI YA ALLAH. KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA BELIAU,DOSA-DOSA KAMI.
YA ALLAH YA TUHANKU. KAU BERIKANLAH CAHAYA KEPADA KAMI YA ALLAH SUPAYA DAPAT MENERUSKAN HIDUP INI TANPA AYAH KU.AMIN.













.f.

6 comments:

Azirah said...

semoga ko terus tabah menghadapi hidup..=)
kwn2 ade dgn ko..

.falah. said...

thanks arge. moga-moga macam tu lah :)

shazhatul said...

al fatihah..smoge arwah ayah kau ditempatkan di tempat2 orang beriman..bnyk2 bersabar ye.

Anonymous said...

im sorry for your dad
tapi kalu awak sayangkan arwah ayah awak i think you should change
sebab dosa anak2 perempuan yang belum berkahwin ditangung oleh bapa nye.
saye rase awak paham kot.

change before late
awak dah besar kan xkan xnak kahwin aite?dont be too duniawi =)

im sorry if my word's made u angry, but all i said is true .

.falah. said...

shaz : thx :)

.falah. said...

anonymous : thanks atas nasihat you. itry to change but ade bende yang buatkan i camni. i fhm mksd u tp u pun kene fhm i gak. i tak marah. i syukur ade kawan mcm u yg dapat nasihat i :)