Friday, January 28, 2011

1st time webbie bersama



balik sahaja rumah terus dia try webcam dia baru beli tadi. inilah hasilnya :)



itik



kelawar



masih lagi :)











.f.

Tuesday, January 25, 2011

mungkin akan berulang

dulu aku pernah kawan rapat dengan seorang perempuan ni. tergedik-gedik dengan aku. rapat gila. maksud aku betul-betul rapat. mesej and call hari-hari. kerja tempat sama. pergi and balik kerja memang sama-sama. senang cerita dalam 24 jam,19 jam bersama and 5 jam lagi untuk masa tidur je. semua benda buat sama-sama. cuti pun sama and keluar bersama. just mandi je asing-asing. kalau aku keluar atau layan orang lain tak boleh. kena layan dia seorang ja.

last-last jadi apa?

ni nak cerita. apa kena kepala otak minah ni tiba-tiba jauhkan diri and tak reply mesej and so on. tup-tup rupanya dah ada boyfriend. bayangkan perasaan aku?

OMK!

aku rasa perkara ni seperti nak berulang lagi dekat aku sekarang. situasi yang sama cuma orang dan tempat bekerja yang lain.

mungkin aku ni pit stop untuk orang yang tengah bosan saja.











.f.

Saturday, January 22, 2011

selesa bersamanya


bermula dengan kawan yang sekejap-sekejap aku hilang. 6 bulan hilang then aku contact dia balik. hilang balik then contact balik. tu lah cara aku dan dia kawan selama 4 tahun :).
stat dari last year aku dah stat rapat dengan dia and ktorang couple. apa boleh buat hanya bertahan 4 bulan. bulan 12 kitaorang clash.


sekarang kami hanya berkawan sahaja. selesa dengan keadaan begitu.


....

hun,bila dah clash ni jangan lak u sombong gan i. msg tak rply. cll x angkat.

eyh,jap2.sape ntah yang slalu hlg 6 bulan pastu muncul balik. pastu hlg 6 lagi pastu mncul blk. bukan u ke?

....

masih sayangkan awak.
masih rindukan awak.
masih pentingkan awak.











.f.


Tuesday, January 4, 2011

review 2010


tahun yang mencabar dan menguji kesabaran. pelbagai cubaan dan rintagan yang terpaksa aku lalui. aku terpaksa extend semata-mata satu subjek sahaja. mula kerja di starbucks klcc sambil belajar. kuruslah juga sekejap tapi kembali gemuk semula.

pasal relationship pula, bahirah perempuan pertama. couple dengan dia banyak mengajar aku tentang lumrah hidup minah rempit bota,perak. mengajar
aku membuat dosa yang lagi besar.
.dipermainkan.
.dilukakan.
.ditipu.
.ditinggalkan.

couple dengan duria mengajar aku untuk meneruskan hidup dan melupakan bahirah tapi mengakibatkan aku sayangkan dia pula sekarang. mengajar aku untuk berhenti dari membuat dosa-dosa besar. mengajar aku ke arah kebaikan. terima kasih you. walaupun sekejap tapi banyak yang you ajar i.

dosa jangan ceritalah berapa lori aku dah kumpul. mungkin dah bergunung.

pada 25.12.2010,papa telah kembali kepada yang MAHA ESA. betul-betul genap ulang tahun perkahwinan parents aku selama 25 tahun. dipercayai meninggal ketika tidur. papa dah tiada. aku terkejut. sedih. tak terkata. aku hilang arah. kepada siapa aku mahu mengadu nasib? kepada siapa aku mahu bermanja? kepada siapa aku mahu bergaduh suka-suka? kini semuanya sudah tiada. tiada siapa. hanya tinggal aku seorang diri tanpa sesiapa. tanpa sesiapa yang faham aku.
pa. cece sayang papa sangat-sangat!

terpaksa menangguhkan untuk belajar degree. ketiadaan wang dan kesulitan yang dialami,aku terpaksa akur. aku terpaksa bekerja.

tolonglah semua. tolong berubah demi kepentingan family kita. aku dah penat. tolong ambil semula tanggung jawab kau. aku ni anak kedua tapi tanggungjwab macam abang sulung. please. aku bukan mengunkit tapi aku mulai penat dengan pelbagai masalah yang kita ada. selama ini aku pendamkan saja tapi tolonglah. aku betul-betul dah tak larat.

YA ALLAH YA TUHANKU. KAU RINGANKANLAH SEKSAAN KUBUR UNTUK ARWAH AYAHKU INI YA ALLAH. KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA BELIAU,DOSA-DOSA KAMI.
YA ALLAH YA TUHANKU. KAU BERIKANLAH CAHAYA KEPADA KAMI YA ALLAH SUPAYA DAPAT MENERUSKAN HIDUP INI TANPA AYAH KU.AMIN.













.f.