Tuesday, April 17, 2012

Dua orang

Dua orang yang paling aku sayang. Dua orang yang paling faham aku. Dua orang yang sentiasa ada untuk aku. Dua-dua dah tiada.

Papa.
Haida.

Papa dah kembali kepada ALLAH. Hampir 2 tahun papa pergi tinggal aku. Hati perit masih terasa. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Haida pula entah kemana. Terputus kerana terpaksa bukan perkara yang menyeronokkan. Semuanya terpaksa. Semuanya hilang bila dia bukan bersama aku lagi.

Tempat mengadu.
Tempat bermanja.
Tempat bergurau.
Tempat berkasih.
Tempat mencinta.

Semua hilang. Semua pergi sekali bersama hati aku.

Hari-hari hanya mampu menangis bila teringat pasal papa and haida. Cinta yang berlainan tapi kesan yang sama. Sama kuatnya. Sama mendalam. Sama sakitnya. Sama dukanya.

Aku nak bersama dengannya semula. Merasakan semuanya sekali lagi. Tak nak melepaskannya. Hanya dia. Dia saja aku mahu. Tapi itu hajat yang mungkin tak dapat dicapai.

Tiada pengganti untuk mereka. Bukan buat masa sekarang.

Ada pengganti pun masih dia dihati. Itu janji aku.











Wahida abdul rashed. Aku cintakan kau selamanya. (T~T)














.f.

No comments: