Tuesday, May 21, 2013
Dunia ni memang tak adil.
Thursday, May 9, 2013
K
Kena tabahkan hati terima semua ni.
24/04/2013
K aku hilang kena rembat. sedihnya tak terhingga sampai aku rasa give up atas segalanya. Berusaha untuk mendapat K bukannya mudah. Semuanya usaha sendiri. Tiada pertolongan sesiapa.
Penat.
Letih.
Sedih.
Sadis.
Pedih.
Musnah.
Tak dapat nak gambarkan perasaan aku sekarang ni.
Dear K : aku still doakan aku dapat kau balik :(
.f.
Wednesday, December 26, 2012
Andai
Patut ke lukakan hati dia supaya dia tak bersalah nanti bila nak kahwin?
Patut ke aku tinggalkan dia dulu?
Patut ke aku buat keputusan ni?
Sanggup ke hati aku ni nak buat keputusan begitu?
Sanggup ke hati aku nak lukakan hati dia?
Sanggup ke aku nak tinggalkan dia?
Sanggup ke aku tengok dia kahwin nanti?
Andai kata kau kahwin nanti, tolong lepaskan aku sebab aku tahu aku tak boleh lepaskan kau.
p/s : aku tetap pegang janji aku. hati aku ada kau seorang saja penghuninya.
.f.
Monday, December 24, 2012
Dah Tiga Bulan
Kepada kawan-kawan aku,minta maaf sebab aku sepikan diri sebab busy. Terlampau busy sampai hp pun kadang2 tertinggal kat rumah.
Kerja seminggu 5 hari. 11 jam setiap hari bekerja. nampak tak permainan dia? Gaji? Bolehlah makcik.
Dimana-mana tempat kerja mestilah akan ada yang pandai cakap tapi tak pandai buat. Standardlah. Pangkat tinggi. Cakap pandai. Buat? HARAAAAAAAMMMMMM.
Ini je dapat aku cari.
Now dah duduk bilik sewa kat Sunway sebab kerja kat Sunway.
Sunway mana? Mestilah Mentari Court -___-"
Itu sahaja update dari saya. harap berjumpa lagi :)
.f.
Monday, August 27, 2012
adakah ini yang kali terakhir?
should i give you another change?
how many of it?
100?
till you satisfied?
till you find someone better than me?
till you trow me away?
what is your decision?
leave or stay?
i'm speechless.
i'm blur.
i'm sad.
i'm hurt.
1 year 3 month and this is what i got for stay with you?
this?
i should just leave you and not coming back that time.
its my mistake.
.f.
Saturday, August 25, 2012
Tahun Ke - 2 Raya Tanpa Papa
Raya tahun ni makin lama makin tak rasa raya. Pagi Raya pergi melawat kubur dan balik rumah. Itu sahaja. Raya? Apa tu raya? since papa tiada. Tiada suasana raya. Itu fakta.
Aku? Macam ni jela. Tiada apa-apa yang menarik.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Semua :)
.f.
Thursday, July 26, 2012
perkenalkan lagi dan lagi :)
Dulu,kau jugak yang tinggalkan aku.
Dulu,kau jugak yang curang dengan aku.
Dulu,kau jugak yang tak hargai banyak peluang aku dah bagi.
Sekarang,kau nak kacau hidup happy aku.
Sekarang,kau tuntut janji aku dulu.
Sekarang,kau nak musnahkan hidup bahagia aku.
Wahai EX aku. masing-masing dah ada pasangan sendiri. baik jaga hubungan diri sendiri dari mengacau hubungan orang lain. kau add aku guna fb "laki" baru kau. motif? memang kesian lah peng tu. apa-apa hal pun. aku tak nak ambik peduli so tolonglah. pergi dari hidup aku. Thanks :)
Here we go.Inilah dia BunBun yang saya sayang. yang saya akan jaga sampai bila-bila.
01052011 - still counting
1 tahun 2 bulan 26 hari.
Sunday, April 22, 2012
Its nearly may already
01.05.2011
Tarikh yang begitu bermakna. Bermula dari tarikh tu,hidupku berubah.
Sunyi = berteman.
Sedih = gembira.
Seorang = berdua.
Masalah semuanya dikongsi. Dapat perhatian. Kasih sayang. Semua yang aku perlukan,aku dapat. Bahagia. Sangat bahagia.
Aku nak kau ada dengan aku sentiasa. Kaulah dunia aku. Kaulah nyawa aku. Hanya kau.
01.05.2011 = 10.03.2012
10 month 10 days.
My heart still belong to her.
....
Sekarang.
Semuanya yang diatas dah tiada. Semuanya berubah. Hati hancur. Jiwa tak menentu. Hilang akal. Termenung keseorangan.
Its nearly may now. What's i'm gonna look like? A mess! Thats for sure.
It will be a mess. I'm not able to keep it sane. I'm gonna be crazy. Mark my word. Its gonna happen.
Just hope i still can control a little bit. Not killing myself. Thats all.
Its not only about her. Its about 2 people i love most is gone. Papa and wahida.
....
Aku berharap tak ada siapa yang akan dapat nasib seperti aku. Tak tertahan rasa sedih dihati. Tak tertahan akal fikiran.
.f.
Tuesday, April 17, 2012
Dua orang
Papa.
Haida.
Papa dah kembali kepada ALLAH. Hampir 2 tahun papa pergi tinggal aku. Hati perit masih terasa. Hanya tuhan sahaja yang tahu.
Haida pula entah kemana. Terputus kerana terpaksa bukan perkara yang menyeronokkan. Semuanya terpaksa. Semuanya hilang bila dia bukan bersama aku lagi.
Tempat mengadu.
Tempat bermanja.
Tempat bergurau.
Tempat berkasih.
Tempat mencinta.
Semua hilang. Semua pergi sekali bersama hati aku.
Hari-hari hanya mampu menangis bila teringat pasal papa and haida. Cinta yang berlainan tapi kesan yang sama. Sama kuatnya. Sama mendalam. Sama sakitnya. Sama dukanya.
Aku nak bersama dengannya semula. Merasakan semuanya sekali lagi. Tak nak melepaskannya. Hanya dia. Dia saja aku mahu. Tapi itu hajat yang mungkin tak dapat dicapai.
Tiada pengganti untuk mereka. Bukan buat masa sekarang.
Ada pengganti pun masih dia dihati. Itu janji aku.
Wahida abdul rashed. Aku cintakan kau selamanya. (T~T)
.f.
Tuesday, April 10, 2012
I love u mama
Tidak mendengar kata.
Menaikkan suara.
Menipu.
Melawan.
Mungkir janji.
Lari rumah ( tapi bagitahu )
Ma,cece tahu cece jahat. Liar. Keluar sana. Keluar sini. Selalu tak balik rumah. Menipu janji nak balik tapi tak balik. Cece mengaku memang cece jahat. I'm so sorry. Hati jiwa muda. Nak memberontak. Nak perhatian. Arwah papa pergi tinggalkan kita. Masalah bertambah. Dilayan dengan teruk oleh adik beradik sendiri. Abang tak mengaku aku ni adik dia. Adik pula semakin lama semakin menjadi ikutan perangai abangnya. Aku? Seorang diri. Bukan nak merungut tapi ini kebenaran. Bukan nak membuka pekung didada dan mengatakan mereka sebabnya aku begini tapi aku mengaku aku memang jahat.
Itu masalah dalaman.
Luaran?
Aku sentiasa happy. Senyum. Layan karenah semua orang. Kalau sedih pun maybe tak berapa nampak. Maybe saja.
Dalam rumah ni sekarang hanya ada aku and mama saja tapi luarannya ada 4 orang tinggal bersama. Mengapa? Jawapan ada di perenggan yang panjang tu. nampak sangat tak tumpu perhatian. Sorry.
....
Hati?
Masih dia lagi. Selamanya dia. Semalam round rumah dia lagi and end up aku menangis lagi. Sendiri cari pasal.
Aku cinta kau sampai mati. Masih ingatkan janji aku? Aku tunaikannya walaupun suatu hari nanti ada pengganti tapi kau tetap di hati. Jangan risau.
.f.
Saturday, April 7, 2012
Dunia nyata
Twitter off.
Bbm off.
Maxis off.
Celcom off.
Handphone off.
Blog on.
Keputusan drastik tapi ini mungkin yang terbaik.
Kepada sesiapa yang nak contac aku. Call mama. Sesiapa yang tahu number tu saja dapat contac aku. Yang lain? Abaikan.
Penat. Letih. Mental disorder.
p/s : awak boleh je kan hidup takde saya sebab saya tahu awak bukan betul sayang saya. Ramai lagi yang lagi baik dan akan layan awak. Awak dah jumpa pun kan. Keputusan yang saya buat untuk clash adalah untuk kebaikan awak. Dia tetap dalam hati saya. Macam awak cakap " she's everything to you " . Ya. Dialah segala-galanya.
.f.
Friday, April 6, 2012
Sedar
Awak saja dalam hati saya selamanya. Biarkan begitu.
Seminggu aku mimpi kau. Semalam aku pergi round kawasan rumah kau. Kereta kau tiada. Aku? Menangis seorang diri dalam kereta.
Aku seal kau dalam hati dan aku seal hati aku buat selamanya.
Sekarang aku nak tumpu kepada mama sahaja. Tujuan aku hidup hanya untuk mama.
Penat ditindas. Aku akan pastikan korang akan terima karmanya. Kalau karma tu tak datang kat korang,aku yang akan karmakan korang.
Tiada lagi belas kasihan. Hanya aku,mama dan rakan yang menolong aku saja. Darah daging sendiri membuang,buat apa nak ditagihkan lagi kasih sayang mereka? Cukup sampai aku berumur 23 tahun. Cukup derita selama ini.
Dah cukup matang.
Cinta? Biarlah penghuni hati ini hanya dia seorang saja.
Aku takkan berganjak lagi. Insyaallah.
.f.
Wednesday, April 4, 2012
One place
Twitter kau.
Bbm kau.
Blog satu-satunya tempat yang tiada kau. Satu-satunya tempat aku dapat luahkan perasaan aku.
I love u. U love me. I miss u. U miss me.
It is true?
I keep asking myself about it. Did i really love her? Miss her?
Only my heart know about it.
She still in my heart. Still in my dreams. In my head. In my eyes.
Mimpi yang kita berbaik semula. Menjalani hidup bersama semula. Alangkah indahnya. Seperti tidak mahu bangun dari mimpi. Mahu selamanya begitu.
Aku rindu belaian dia. Aku rindu pelukkan dia. Aku rindu perhatian dia. Aku rindu gelak tawa dia. Aku rindu bebelan dia. Aku rindu manjakan dia. Aku rindu semua tentang dia.
Salah ke? Salah. Semestinya salah.
Wahai hati,bersabarlah. Aku tahu dia masih di dalam. Biarkanlah selamanya die didalam.
.f.
Saturday, March 24, 2012
Kunci
Apa sebab sedih?
Nanti jawab hati
Sebab kena toreh.
Hati dah kena kunci sebab suka sangat bermain-main dekat luar. Cukuplah sorang saja penghuni hati buat masa ni. Tiada niat mahu halau lagi.
Walaupun luar gua nampak single tapi hati gua sentiasa ada dia babe!
Walaupun nanti gua dah berpunya tapi dia tetap gua simpan dalam hati babe!
Enough.
.f.
Thursday, March 22, 2012
End of pulse
Tiada apa-apa yang boleh dikatakan.
Ia sudah berakhir.
Apa yang terjadi antara kita hanya kita sahaja yang tahu.
Hari ini. Semua harapan sudah tiada masa saat dia sudah tidak menggunakan numbernya lagi.
Tidak dapat dikesan.
Inilah pengakhirannya.
Speechless.
. . . . .
Tiada siapa yang dapat halau kau keluar dari hati aku. Itu tempat kau selamanya. Itu yang telah aku janjikan dulu. Aku pengang janji aku. Walaupun satu hari nanti aku milik orang lain tapi kau tetap dalam hati aku. Sayang aku pada kau takkan hilang dan aku tahu kau pun begitu.
p/s : there is no more bunbun in my life but its always in my heart.
.f.
Tuesday, January 17, 2012
sudah lama.
sejak berhijrah ni barulah lagi banyak pengalaman hidup aku dapat. thanks kepada ALLAH sebab beri banyak dugaan kepada aku dan dari situ aku tahu ALLAH masih sayang aku.
semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan dapat bahagiakan mama.peace.
p/s : iloveubunbunsampaimati!
.f.
Sunday, November 20, 2011
semua tinggal kenangan.
salahkan aku sebab aku sayang perempuan ni dan pertahankan hubungan kitaorang sampai 6 bulan 20 hari.
salahkan aku sebab aku terlalu merayu padanya.
salahkan aku sebab aku tak berkeras padanya.
salahkan aku sebab aku ingat dialah akan bahagiakan aku.
salahkan aku juga sebab pada masa yang sama aku still sayang singa.
salahkan aku juga sebab aku biarkan hati aku dipermainkan oleh singa berkali-kali.
salahkan aku juga sebab aku terlampau bodoh.
mari semua bercinta dengan aku,mainkan perasaan aku dan tinggalkan aku tanpa sebab.
hati aku hanya untuk dipermainkan je.
sekian.
.f.
Sunday, August 28, 2011
raya tanpanya.
Friday, August 26, 2011
beribu sesalan
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku
lagu ini untuk awak. saya tahu awak dah minta maaf tapi beri saya masa. saya terlalu kecewa dengan awak. harap awak pun faham. saya rasa menyesal. awak pun dah delete saya dalam hidup awak kan? jadi saya tak rasa awak perlukan saya lagi. terima kasih atas kasih sayang awak yang sementara ni. akan saya jadikan kenangan. saya tak akan bercinta dengan orang perak lagi. sekian terima kasih.






