Monday, August 27, 2012

adakah ini yang kali terakhir?

should i end this relationship?
should i give you another change?
how many of it?
100?
till you satisfied?
till you find someone better than me?
till you trow me away?
what is your decision?
leave or stay?

i'm speechless.
i'm blur.
i'm sad.
i'm hurt.

1 year 3 month and this is what i got for stay with you?
this?

i should just leave you and not coming back that time.
its my mistake.








.f.

Saturday, August 25, 2012

Tahun Ke - 2 Raya Tanpa Papa

          Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun. I miss you. Itu saja aku mampu cakap. Yang aku mampu buat hanya boleh sedekahkan Al-Fatihah and surah Yassin padanya.

          Raya tahun ni makin lama makin tak rasa raya. Pagi Raya pergi melawat kubur dan balik rumah. Itu sahaja. Raya? Apa tu raya? since papa tiada. Tiada suasana raya. Itu fakta.

          Aku? Macam ni jela. Tiada apa-apa yang menarik.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Semua :)















.f.

Thursday, July 26, 2012

perkenalkan lagi dan lagi :)

               Macam-macam jadi tahun ni. baru-baru ni lagi extream. dengan EX aku yang saiko. tak puas hati kacau-kacau aku but aku ignore and now kacau girlfie aku pula. motif?

Dulu,kau jugak yang tinggalkan aku.
Dulu,kau jugak yang curang dengan aku.
Dulu,kau jugak yang tak hargai banyak peluang aku dah bagi.

Sekarang,kau nak kacau hidup happy aku.
Sekarang,kau tuntut janji aku dulu.
Sekarang,kau nak musnahkan hidup bahagia aku.

               Wahai EX aku. masing-masing dah ada pasangan sendiri. baik jaga hubungan diri sendiri dari mengacau hubungan orang lain. kau add aku guna fb "laki" baru kau. motif? memang kesian lah peng tu. apa-apa hal pun. aku tak nak ambik peduli so tolonglah. pergi dari hidup aku. Thanks :)

Here we go.Inilah dia BunBun yang saya sayang. yang saya akan jaga sampai bila-bila.
                                             01052011 - still counting 
                                                1 tahun 2 bulan 26 hari.


i love u (^__^)

Sunday, April 22, 2012

Its nearly may already

Tahun lepas pada waktu-waktu begini aku dah prepare nak pergi Johor Bharu. Berusaha menunjukkan aku betul-betul sayang dia. Selama sebulan duduk bersama akhirnya apa yang aku usahakan membuahkan hasil.

01.05.2011

Tarikh yang begitu bermakna. Bermula dari tarikh tu,hidupku berubah.

Sunyi = berteman.
Sedih = gembira.
Seorang = berdua.

Masalah semuanya dikongsi. Dapat perhatian. Kasih sayang. Semua yang aku perlukan,aku dapat. Bahagia. Sangat bahagia.

Aku nak kau ada dengan aku sentiasa. Kaulah dunia aku. Kaulah nyawa aku. Hanya kau.


01.05.2011 = 10.03.2012
10 month 10 days.

My heart still belong to her.


....

Sekarang.

Semuanya yang diatas dah tiada. Semuanya berubah. Hati hancur. Jiwa tak menentu. Hilang akal. Termenung keseorangan.

Its nearly may now. What's i'm gonna look like? A mess! Thats for sure.

It will be a mess. I'm not able to keep it sane. I'm gonna be crazy. Mark my word. Its gonna happen.

Just hope i still can control a little bit. Not killing myself. Thats all.

Its not only about her. Its about 2 people i love most is gone. Papa and wahida.



....



Aku berharap tak ada siapa yang akan dapat nasib seperti aku. Tak tertahan rasa sedih dihati. Tak tertahan akal fikiran.












.f.

Tuesday, April 17, 2012

Dua orang

Dua orang yang paling aku sayang. Dua orang yang paling faham aku. Dua orang yang sentiasa ada untuk aku. Dua-dua dah tiada.

Papa.
Haida.

Papa dah kembali kepada ALLAH. Hampir 2 tahun papa pergi tinggal aku. Hati perit masih terasa. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Haida pula entah kemana. Terputus kerana terpaksa bukan perkara yang menyeronokkan. Semuanya terpaksa. Semuanya hilang bila dia bukan bersama aku lagi.

Tempat mengadu.
Tempat bermanja.
Tempat bergurau.
Tempat berkasih.
Tempat mencinta.

Semua hilang. Semua pergi sekali bersama hati aku.

Hari-hari hanya mampu menangis bila teringat pasal papa and haida. Cinta yang berlainan tapi kesan yang sama. Sama kuatnya. Sama mendalam. Sama sakitnya. Sama dukanya.

Aku nak bersama dengannya semula. Merasakan semuanya sekali lagi. Tak nak melepaskannya. Hanya dia. Dia saja aku mahu. Tapi itu hajat yang mungkin tak dapat dicapai.

Tiada pengganti untuk mereka. Bukan buat masa sekarang.

Ada pengganti pun masih dia dihati. Itu janji aku.











Wahida abdul rashed. Aku cintakan kau selamanya. (T~T)














.f.

Tuesday, April 10, 2012

I love u mama

Saya nur falah nadia rosli dengan secara terbukanya meminta maaf kepada mama saya nurlina lee abdullah diatas sebab-sebab dibawah :

Tidak mendengar kata.
Menaikkan suara.
Menipu.
Melawan.
Mungkir janji.
Lari rumah ( tapi bagitahu )

Ma,cece tahu cece jahat. Liar. Keluar sana. Keluar sini. Selalu tak balik rumah. Menipu janji nak balik tapi tak balik. Cece mengaku memang cece jahat. I'm so sorry. Hati jiwa muda. Nak memberontak. Nak perhatian. Arwah papa pergi tinggalkan kita. Masalah bertambah. Dilayan dengan teruk oleh adik beradik sendiri. Abang tak mengaku aku ni adik dia. Adik pula semakin lama semakin menjadi ikutan perangai abangnya. Aku? Seorang diri. Bukan nak merungut tapi ini kebenaran. Bukan nak membuka pekung didada dan mengatakan mereka sebabnya aku begini tapi aku mengaku aku memang jahat.

Itu masalah dalaman.

Luaran?

Aku sentiasa happy. Senyum. Layan karenah semua orang. Kalau sedih pun maybe tak berapa nampak. Maybe saja.

Dalam rumah ni sekarang hanya ada aku and mama saja tapi luarannya ada 4 orang tinggal bersama. Mengapa? Jawapan ada di perenggan yang panjang tu. nampak sangat tak tumpu perhatian. Sorry.

....

Hati?

Masih dia lagi. Selamanya dia. Semalam round rumah dia lagi and end up aku menangis lagi. Sendiri cari pasal.

Aku cinta kau sampai mati. Masih ingatkan janji aku? Aku tunaikannya walaupun suatu hari nanti ada pengganti tapi kau tetap di hati. Jangan risau.











.f.

Saturday, April 7, 2012

Dunia nyata

Facebook off.
Twitter off.
Bbm off.
Maxis off.
Celcom off.
Handphone off.

Blog on.

Keputusan drastik tapi ini mungkin yang terbaik.

Kepada sesiapa yang nak contac aku. Call mama. Sesiapa yang tahu number tu saja dapat contac aku. Yang lain? Abaikan.

Penat. Letih. Mental disorder.




p/s : awak boleh je kan hidup takde saya sebab saya tahu awak bukan betul sayang saya. Ramai lagi yang lagi baik dan akan layan awak. Awak dah jumpa pun kan. Keputusan yang saya buat untuk clash adalah untuk kebaikan awak. Dia tetap dalam hati saya. Macam awak cakap " she's everything to you " . Ya. Dialah segala-galanya.











.f.

Friday, April 6, 2012

Sedar

Atas nasihat rakan-rakan,saya kembali single.

Awak saja dalam hati saya selamanya. Biarkan begitu.

Seminggu aku mimpi kau. Semalam aku pergi round kawasan rumah kau. Kereta kau tiada. Aku? Menangis seorang diri dalam kereta.

Aku seal kau dalam hati dan aku seal hati aku buat selamanya.

Sekarang aku nak tumpu kepada mama sahaja. Tujuan aku hidup hanya untuk mama.

Penat ditindas. Aku akan pastikan korang akan terima karmanya. Kalau karma tu tak datang kat korang,aku yang akan karmakan korang.

Tiada lagi belas kasihan. Hanya aku,mama dan rakan yang menolong aku saja. Darah daging sendiri membuang,buat apa nak ditagihkan lagi kasih sayang mereka? Cukup sampai aku berumur 23 tahun. Cukup derita selama ini.

Dah cukup matang.

Cinta? Biarlah penghuni hati ini hanya dia seorang saja.

Aku takkan berganjak lagi. Insyaallah.














.f.

Wednesday, April 4, 2012

One place

Facebook kau.
Twitter kau.
Bbm kau.

Blog satu-satunya tempat yang tiada kau. Satu-satunya tempat aku dapat luahkan perasaan aku.

I love u. U love me. I miss u. U miss me.
It is true?

I keep asking myself about it. Did i really love her? Miss her?

Only my heart know about it.


She still in my heart. Still in my dreams. In my head. In my eyes.

Mimpi yang kita berbaik semula. Menjalani hidup bersama semula. Alangkah indahnya. Seperti tidak mahu bangun dari mimpi. Mahu selamanya begitu.

Aku rindu belaian dia. Aku rindu pelukkan dia. Aku rindu perhatian dia. Aku rindu gelak tawa dia. Aku rindu bebelan dia. Aku rindu manjakan dia. Aku rindu semua tentang dia.

Salah ke? Salah. Semestinya salah.


Wahai hati,bersabarlah. Aku tahu dia masih di dalam. Biarkanlah selamanya die didalam.









.f.

Saturday, March 24, 2012

Kunci

Tanya sama hati
Apa sebab sedih?
Nanti jawab hati
Sebab kena toreh.

Hati dah kena kunci sebab suka sangat bermain-main dekat luar. Cukuplah sorang saja penghuni hati buat masa ni. Tiada niat mahu halau lagi.

Walaupun luar gua nampak single tapi hati gua sentiasa ada dia babe!

Walaupun nanti gua dah berpunya tapi dia tetap gua simpan dalam hati babe!



Enough.














.f.

Thursday, March 22, 2012

End of pulse

10 month 10 days.

Tiada apa-apa yang boleh dikatakan.

Ia sudah berakhir.

Apa yang terjadi antara kita hanya kita sahaja yang tahu.

Hari ini. Semua harapan sudah tiada masa saat dia sudah tidak menggunakan numbernya lagi.

Tidak dapat dikesan.

Inilah pengakhirannya.

Speechless.

. . . . .

Tiada siapa yang dapat halau kau keluar dari hati aku. Itu tempat kau selamanya. Itu yang telah aku janjikan dulu. Aku pengang janji aku. Walaupun satu hari nanti aku milik orang lain tapi kau tetap dalam hati aku. Sayang aku pada kau takkan hilang dan aku tahu kau pun begitu.










p/s : there is no more bunbun in my life but its always in my heart.








.f.

Tuesday, January 17, 2012

sudah lama.

dah lama tak mencarut or bebel dekat sini tapi apa-apa pun aku tetap aku. perjalanan hidup sempena tahun baru ini amat berbeza. impian duduk bersama dah tercapai cuma sekarang hanya perlu pertahankan. macam-macam benda dah jadi. gaduh sana. gaduh sini. maki sana maki sini pastu cium sana cium sini peluk sana peluk sini,settle.

sejak berhijrah ni barulah lagi banyak pengalaman hidup aku dapat. thanks kepada ALLAH sebab beri banyak dugaan kepada aku dan dari situ aku tahu ALLAH masih sayang aku.

semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan dapat bahagiakan mama.peace.



p/s : iloveubunbunsampaimati!











.f.

Sunday, November 20, 2011

semua tinggal kenangan.

mari ramai-ramai salahkan aku lagi sekali.

salahkan aku sebab aku sayang perempuan ni dan pertahankan hubungan kitaorang sampai 6 bulan 20 hari.
salahkan aku sebab aku terlalu merayu padanya.
salahkan aku sebab aku tak berkeras padanya.
salahkan aku sebab aku ingat dialah akan bahagiakan aku.

salahkan aku juga sebab pada masa yang sama aku still sayang singa.
salahkan aku juga sebab aku biarkan hati aku dipermainkan oleh singa berkali-kali.
salahkan aku juga sebab aku terlampau bodoh.

mari semua bercinta dengan aku,mainkan perasaan aku dan tinggalkan aku tanpa sebab.

hati aku hanya untuk dipermainkan je.




sekian.











.f.

Sunday, August 28, 2011

raya tanpanya.

raya tahun ni mungkin bukan yang terbaik. kehilangan arwah papa membuatkan hidup aku bercelaru. selama 9 bulan hidup terabai. terumbang ambing tanpa sesiapa disisi yang memahami.

Aku dan hati aku sendiri.
belajar hidup tanpa papa.
belajar hidup menerima papa dah tiada.
belajar hidup untuk menerima takkan ada yang kekal didunia.
belajar hidup bahawasanya tiada orang disisi aku sentiasa.
belajar hidup untuk pentingkan diri sendiri.

sepatutnya akan ada lemang. rendang. kuah kacang. ketupat. rasanya semua itu mungkin tiada.

aku tahu aku kena kuat. cakap senang nak buat, ALLAH saja tahu macam mana susahnya aku usaha.

aku tak merungut. aku bukan tak redha tapi aku hanya perlukan masa untuk biasakan diri. untuk belajar semuanya tanpa orang yang selama ini ada disisi aku. orang yang sangat menyayangi aku. orang yang selalu menangkan aku. orang yang sentiasa cover aku. orang yang sangat penting dalam hidup aku.

doakan aku kuat harungi semua ini.












.f.

Friday, August 26, 2011

beribu sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku


lagu ini untuk awak. saya tahu awak dah minta maaf tapi beri saya masa. saya terlalu kecewa dengan awak. harap awak pun faham. saya rasa menyesal. awak pun dah delete saya dalam hidup awak kan? jadi saya tak rasa awak perlukan saya lagi. terima kasih atas kasih sayang awak yang sementara ni. akan saya jadikan kenangan. saya tak akan bercinta dengan orang perak lagi. sekian terima kasih.

Thursday, August 18, 2011

cepat betul

selama lima bulan kita bersama,aku secara jujurnya rasa seperti dipermainkan oleh kau. lima bulan lama ok? aku tunggu kau. aku dapat kau. kau tuduh aku macam-macam and the best part is kau cepat gila lupakan aku. seriously aku kagum dengan kau.

aku ni siap tak boleh tidur. kerja macam hamba abdi semata-mata nak lupakan kita gaduh. aku nak belajar dengan kau lah. boleh tolong ajar?

mungkin kisah silam dia menyebabkan aku diperlakukan sebegini rupa. thanks awak. awak mengingatkan saya pada bahirah zulkifli. mempermainkan perasaan orang lain dengan sesuka hati. seronok rasanya main-mainkan aku ni sebab ramai yang buat macam tu kat aku.

ada tak pernah kau fikir perasaan aku macam mana? ada tak kau pernah fikir apa yang kau buat kat aku tu menyebabkan aku sakit hati? ada tak kau berfikir seperti aku fikir? mungkin tidak sebab kalau ya mesti kau takkan buat aku macam ni kan.

saya minta maaf apa yang saya telah buat dekat awak tapi tak sekejam awak buat kat saya kan? mungkin kasih sayang saya ni tak bernilai langsung bagi awak sampai saya dilayan seperti ini.

kepada awak. saya betul-betul sakit hati.saya masih sayangkan awak tapi saya rasa sia-sia sebab awak tak hargai pun. awak tak tunjukkan pun awak sayangkan saya. saya rasa macam saya ni teman masa bosan saja.




btw,thanks delete saya dalam facebook awak. awak memang terbaik =)











.f.

Thursday, August 11, 2011

make it open

malaslah nak add email sorang-sorang. jadi dengan bangganya saya falah open balik blog ini.
sekian terima kasih =)













.f.

Wednesday, July 27, 2011

dia akan pergi

masalah bergaduh bukan antara kami tapi tekanan dari family. dia mahukan kebebasan dari family dan aku mahukan dia. mengapa setiap kali aku rasa bahagia pasti akan berlaku duka. terima kasih semua yang membawa masalah.

dah kali keberapa dia perlu larikan diri. aku? terikat dengan family. kalau aku ada jalan penyelesaian yang lebih bagus dah lama aku jalankan. aku hanya mahukan dia. salahkah? seseorang yang hanya mahukan kasih sayang dan cinta yang tak pernah dapat dari orang lain malah dari family sendiri. semua tu salahkah?

aku bertahan selama ini demi dia. dia lagi banyak bertahan dan bersabar demi aku. hari ini dia minta izin untuk membawa diri ke melaka. aku buntu. aku tak sanggup biar dia jauh dari aku. sesiapa. tolonglah aku. hari-hari aku suruh dia bertahan dan bersabar demi aku. aku terlalu pentingkan diri tapi apa aku harus lakukan. aku terlampau sayangkan dia.

tinggallah aku seorang diri mengharungi semua. aku tahu aku tak mampu lakukannya. secara jujur. aku stay dengan family pun sebab dia. aku tak nak dia disalahkan. aku ikutkan semua kata mama. aku dah puas hati walaupun sehari sejam saja dapat jumpa tapi bagaimana sekarang? dia nak pegi. nak tinggalkan aku sendiri. aku tak sanggup.







....

awak please,saya terlampau cintakan awak. jangan tinggalkan saya.











.f.

Sunday, July 24, 2011

teringat

Tadi pergi beli Mcd and lepak makan dekat tasik sri rampai. duduk seorang diri melayan perasaan sambil tengok orang memancing. teringat masa arwah papa ada dulu. memancing use to be our family hobby. seronok memancing ni sebab kita akan spend time dengan family agak lama. kadang-kadang tu bukan sebab dapat ikan pun tapi sebab nak mengeratkan hubungan sesama family. aku rindu saat itu. sekarang ni semua orang busy. lagi-lagi sejak arwah papa sudah tiada. mahu makan bersama pun dah susah. masing-masing sebok dengan kawan-kawan. tak salahkan tinggalkan kawan atau couple untuk dinner dengan family. tapi tu semua mereka tak fikir.

Jangan salahkan aku kalau apa-apa hal jadi. aku sedih tapi aku kena kuat demi family aku. tak tahu dapat buat ataupun tidak. hanya tuhan saja yang boleh tahu.











.f.